Thursday, May 28, 2009

4 kunci kepada kejayaan dan kekayaan

4 kunci kepada kejayaan dan kekayaan

Kunci pertama untuk mencapai kejayaan dan kekayaan adalah sihat sepanjang masa dan sentiasa bertenaga.
Bagaimana kita boleh bekerja mencari wang untuk makan jika kita tidak mampu atau tidak boleh bekerja kerana sentiasa sakit. Sekarang ini dunia perubatan telah mengalami satu fenomena dimana banyak Syarikat yang berlumba menghasilkan ubat yang mampu memberikan kesihatan dan tenaga. Disebabkan kepesatan dan persaingan ini, kos ubat-ubatan tidak memberikan kesan kepada kita untuk mendapatkannya.
Oleh yang demikian kemahuan untuk sihat sepanjang masa dan sentiasa bertenaga perlu diadakan dalam jadual perjalanan kehidupan.
Kunci kedua untuk mencapai kejayaan dan kebahagian adalah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga dan masyarakat. 85% kebahagian datang daripada kualiti perhubungan yang berjaya di jalinkan antara kita dengan keluarga kita dan kita dengan masyarakat. Ahmad mungkin mendapat diskaun terhadap kereta yang mahu dibelinya jika Ahmad menegenali dan mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus Syarikat tersebut. Oleh yang demikian kemahuan untuk mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang perlulah diwujudkan dalam diri kita.
Lakukan perkara yang anda suka menjadi kunci kepada kejayaan dan kebahagian yang ketiga. Mengikut kajian 99% pekerja yang bekerja makan gaji, tidak menyukai pekerjaan yang dilakukan setiap hari. Mereka ini menghabiskan masa setiap jam dan setiap hari melakukan perkara yang mereka tidak suka dan berharap mereka boleh menjadi kaya. Fakta menyatakan bahawa seseorang itu boleh berjaya apabila mereka menyukai pekerjaan yang dilakukan.
Kunci kejayaan dan kebahagian yang keempat adalah kebebasan kewangan. Jika duit tidak menjadi masalah kepada kita, saya yakin tidak akan ada orang yang menjadi gila kerana hidup dalam tekanan kerana sering dikejar oleh ceti disebabkan tidak mampu membayar hutang.
Jika duit tidak menjadi masalah kepada kita, saya yakin tidak akan ada kes rompakan hanya kerana mahu menjadi kaya dengan cara cepat hasil wang rompakan.
Pokoknya duit hanyalah alat untuk mendapatkan sesuatu. Perlu kita sematkan kedalam fikiran kita bahawa duit ini adalah perantara untuk kita mendapatkan sesuatu barangan.



Rahsia Kejayaan # 1 : Mengenali Pengaruh Sekitar Anda.

Punca pertama yang mempengaruhi kejayaan seseorang itu adalah berkenaan dengan keadaan, perkara dan orang yang berada disekelilingnya.
Jika anda ingin memperbaiki kewangan anda atau matlamat hidup anda, anda mesti menjauhi keadaan sekitar yang buruk atau yang akan menjejaskan tindakan anda untuk mencapai matlamat anda itu.
Contohnya, jika anda sentiasa suka bergaul dengan rakan-rakan yang suka berpoya-poya dan tidak mementingkan kehidupan dan kewangan, lama-kelamaan tanpa anda sedari anda akan berperangai seperti mereka juga.
Ini adalah sifat semulajadi manusia yang suka mengikut apa yang dilakukan oleh orangorang disekelilingnya jika sentiasa bersama mereka, dan juga disebabkan oleh pemikiran otak anda yang telah masak atau lali dengan apa yang anda lakukan selama ini.
Bukannya anda tidak boleh berkawan, tetapi bercampurlah dengan mereka yang selalu menghargai masa, hidup dan kerjaya serta seterusnya gunakanlah masa yang minima untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan yang mempunyai pengaruh buruk terhadap anda jika mereka masih mencari anda.
Jika anda selalu dan cuba mengelakkan diri daripada mereka pasti lama-kelamaan mereka juga akan menjauhi anda.
Anda perlu mencari peluang untuk mendekati orang-orang yang telah berjaya menceburi bidang yang sama dengan anda dan lihatlah bagaimana mereka berjaya.
Biarlah mereka mempengaruhi anda supaya anda akan berjaya seperti mereka. Apa yang penting ialah dengan siapa anda ingin bersama?
Jika anda bersama yang baik, anda pasti di pengaruhi kebaikan dan pasti akan menjadi semakin baik, semakin cemerlang dalam hidup.
Jika anda ingin bersama yang buruk, anda pasti akan dipengaruhi keburukan dan anda pasti akan gagal dalam hidup.
Apabila anda berbual dengan orang yang gagal, mereka akan menceritakan kegagalan mereka dan bagaimana mengurangkan kesedihan tetapi bukannya cara bagaimana hendak mengatasi kegagalan yang dialami.
Jika anda seorang pelajar, menghampiri pelajar-pelajar yang berkeputusan teruk hanya akan menyebabkan anda lebih pandai untuk mencari hiburan dan bagaimana bersekumpulan dengan mereka.
Oleh itu janganlah memandang ringan pengaruh sekitar anda. Pilihlah suasana yang betul yang patut anda berada dan ikuti, bukannya hanya mengikut kesukaan sahaja.
Tanyalah diri anda sendiri, adakah anda merasa MESTI BERJAYA atau anda FIKIR berjaya sahaja?
Jikalau anda membuat keputusan MESTI BERJAYA! Janganlah beri sebarang alasan lagi kepada diri anda!
Buatlah pilihan yang bijak sekarang untuk kecermerlangan hidup anda yang orang lain hanya boleh mengimpikannya sahaja!

Rahsia Kejayaan # 2 : Berani Membuat Keputusan!
Perkara yang seterusnya yang perlu diberikan perhatian adalah cara anda membuat keputusan atas sesuatu perkara.
Ramai yang tidak berani membuat keputusan sendiri dan sentiasa bergantung kepada pendapat orang lain.
Oleh itu mereka selalu menjadi mangsa kepada pemikiran orang lain dan apa yang dilakukan bukan mengikut kehendak sendiri tetapi untuk memenuhi pendapat orang lain supaya mereka mempersetujui tindakannya.
Mereka tidak berani melakukan rancangan mereka sendiri apabila diketawakan oleh rakan-rakan dan saudara mara.
Satu rahsia untuk mengatasi masalah anda ialah jangan fikirkan perkara yang anda tidak ingin tetapi fokuskan fikiran anda keatas perkara yang betul-betul menjadi keinginan anda.
Jangan membenarkan pemikiran orang lain menguasai pemikiran anda sendiri, jangan terlalu fikirkan ketidak setujuan atau penghinaan orang lain jika tidak memberi pengajaran yang baik terhadap rancangan anda itu.
Percayalah pada diri anda sendiri dan terus lakukan seperti apa yang ingin anda lakukan.
Jika anda sentiasa mementingkan kata-kata orang lain yang tidak sama dengan perancangan anda pasti anda akan terasa seperti terkurung dalam sebuah bilik yang terkunci, kearah manapun anda pergi pasti anda tidak akan dapat cari jalan keluar.
Dengan itu anda tidak mungkin akan mendapat pengalaman baru dari luar dan tidak akan dapat membuat sebarang perubahan terhadap diri dan hidup anda.
Anda akan hidup dalam blik yang dihadkan keluasannya oleh orang lain, mungkin untuk seumur hidup anda.Selalulah berfikir secara serius dan ketahui apa yang betul-betul anda inginkan dalam hidup anda.
Jika anda mempunyai fikiran yang tidak tentu arah, anda pasti akan menjadi keliru dalam kehidupan anda dan tidak tahu apa yang harus dan patut dilakukan.
Sikap sentiasa berfikir apa yang ingin anda lakukan dan apa yang tidak ingin anda lakukan akan menjadikan anda berfikiran positif dan bertindak dengan disipllin terhadap rancangan yang anda rancangkan.
Oleh yang demikian jangan fikirkan perkara yang anda tidak ingini seperti :
“Saya tidak mahu miskin” tetapi ubahlah untuk berfikir kepada “Saya mesti memperbaiki kewangan Saya”
“Saya tidak mahu berhutang” tetapi berfikirlah “Saya mesti rajin untuk mencari lebih wang”
“Saya tidak mahu sakit” tetapi fikirlah bahawa “Saya mesti rajin bersenam setiap hari” sebab apa yang anda fikirkan akan menjadi apa yang anda aan dapat akhirnya.
Jika anda fikirkan perkara yang anda tidak mahu, maka anda akan mendapat perkara yang anda tidak mahu itu.
Oleh yang demikian anda perlu fikir apa yang anda inginkan bukannya memikirkan perkara yang tidak anda ingini.
Kesimpulan, anda perlu mengetahui bagaimana mengarahkan fikiran anda kepada tindakan-tindakan yang sesuai dengan kebolehan, kemahiran dan bakat anda.

Rahsia Kejayaan # 3 : KEAZAMAN KUAT UNTUK BERJAYA.

Kebiasaanya ramai orang yang hanya tahu dan mahu berfikir sahaja tanpa melakukan apa-apa tindakan yang seterusnya dengan serius
Inilah faktor utama yang menjadikan ramai orang gagal untuk berjaya.
Walaupun mereka mempunyai niat dan fikiran untuk berjaya tetapi tanpa keazaman yang kuat untuk berjaya ianya tidak akan menghasilkan apa-apa tindakan.
Faktor ini yang perlu di ambil kira jika anda mahu berjaya! Ianya telah menjadi hukum alam bahawa sebelum kita mencapai kejayan dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita terpaksa melalui pelbagai kesilapan, penderitaan serta kesusahan.
Sebenarnya, jika semua pengalaman ini anda jadikan ia sebagai sebahagian dari proses pembelajaran yang mesti dilalui sebelum mencapai sesuatu kejayaan saya pasti anda akan mencapai kejayaan.
Keadaan yang malang ini akan terus berlaku berulang kali sehinggalah anda dapat menukarkannya menjadi pelajaran daripada pengalaman negatif itu.
Seperti yang pernah dikatakan, kebanyakkan orang hanya bersedih kepada pengalaman negatif ini tetapi tidak menerimanya sebagai pelajaran yang dapat memperbaiki rancangannya.
Setiap kali anda menemui pengalamn negatif yang sama, anda akan menjadibiasa dengannya dan semakin fasih dan bijak untuk mengatasi masalah itu.
Oleh itu anda akan menghampiri kejayaan. Kebanyakkan orang tidak dapat berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai keazaman ingin berjaya yang kuat.
Apabila ini berlaku, mereka akan cepat putus asa dan menghentikan langkah setiap kali bertemu dengan pengalaman yang buruk semasa melaksanakan rancangan mereka.
Orang yang tidak mempunyai keazaman yang kuat akan mementingkan penderitaan yang dia terima sekarang tetapi tidak nampak kejayaan yang semakin menghampirinya setiap kali dia melepasi satu penderitaan itu.
Oleh itu mereka cepat putus asa dan kejayaan dilenyapkan dalam tangan mereka sendiri.
Kemudian mereka menyakahkan takdir atau Tuhan mereka. Mereka menganggap ini semua adalah nasib mereka yang telah ditakdirkan dan tidak dapat diubah lagi.
Kita dapat lihat orang-orang yang mencapai kejayaan besar semuanya mempunyai keazaman untuk berjaya yang mengagumkan, dimana pula keazaman anda!

No comments:

Post a Comment